Skip to main content

Kepentingan Menterjemah

Kepentingan menterjemah :

Penterjemahan merupakan perpindahan mesej daripada satu bahasa kepada bahasa lain . Tujuan penterjemahan adalah untuk menghasilkan satu karya terjemahan ( teks sasaran ) yang membawa makna yang sama dengan sesuatu karya bahasa asing ( teks sumber ) .

     Kepentingan bidang penterjemahan dapat dilihat melalui dunia pendidikan. Contohnya dalam aspek pemerolehan bahasa , penterjemahan akan membolehkan pelajar mempelajari kosa kata baharu, mengetahui penggunaan kata dan makna pelbagai jenis perkataan. Dengan mempelajari ilmu terjemahan, pelajar akan lebih sedar kehalusan akan bahasa ibunda mereka dan melihat kepentingan pemilihan kata dalam penterjemahan sekali gus dapat menguji kefahaman mereka dalam pembacaan.

       Selain itu, penterjemahan juga dapat menambahkan bilangan pembaca. Buku yang mengandungi pelbagai ilmu kebanyakannya ditulis dalam bahasa arab dan bahasa Inggeris yang menjadikan bahasa itu sebagai sumber ilmu yang yang sangat penting. Usaha penterjemahan harus dilakukan untuk memastikan segala ilmu yang ditulis dalam bahasa itu akan tersebar luas. Oleh itu, pelbagai ilmu dapat dipindahkan melalui penterjemahan malah bilangan pembaca akan lebih meluas.

      Kepentingan bidang penterjemahan adalah sebagai usaha untuk berkomunikasi dengan bangsa lain yang berbeza bahasa. Kepelbagaian bahasa pada masa yang sama akan mewujudkan jurang komunikasi jika seseorang itu tidak memahami bahasa penuturnya. Hubungan antara sumber maklumat ( perucap, pertutur ) dengan penerima maklumat ( pembaca, pendengar ) dalam sesuatu  proses komunikasi tidak akan dapat terjalin tanpa adanya terjemahan. Dalam konteks ini, penterjemah bertindak sebagai jambatan komunikasi bagi menghubungkan dua pihak yang sebenarnya tidak dapat berkomunikasi.


         Kesimpulannya, bidang penterjemahan perlu dilihat sebagai salah satu aspek yang begitu penting dalam proses pembangunan negara bangsa. Usaha yang bersungguh – sungguh perlu dilakukan dalam memperkasakan bidang penterjemahan untuk memanfaatkan segala ilmu yang ada dengan menggunakan bahasa ibunda tanpa bersusah payah memahami dalam bahasa asing. Hal ini sekali gus penterjemahan mampu mempromosikan negara Malaysia ke luar negara sekali gus membolehkan masyarakat antarabangsa lebih memahami bangsa dan negara kita Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

KANCIL DAN SEEKOR KAMBING BETINA.

Assalamualaikum kepada semua pembaca, Pada perkongsian kali ini admin akan kongsikan cerita rakyat. jom kita baca dan hayati, disamping dapat belajar dan tambah kosa kata dalam bahasa arab.  الثعلب و الغنز  عَطَسَ ثَعْلَبُ. وَ ذَهَبَ اِلَى بِئْرِ لِيَشْرَبَ فَسَقَطَ فِيْهَا وَ لَمَّا شَرَبَ أَرَدَ الخُرُوْج فَلَمْ يَقْدِر. لِاِرْتَفَاعَ جِدَار البئر. وَ بَعْدَ قَلِيْل أتت غنز لتسرب منها. فرأت الثعلب فيها. فسألته " هل ماء هذه البئر عذب " فقال الثعلب " نعم, بل هو أعذب ما ذقت طول عمري. و لذلك تريني باقيا هنا لا أريد الخريج. تفضلي انزلي لتشار كيني فيه". فاغترت الغنز بهذا الكريم. ووثبت إلي داخل البئر. و أخذت تشرب حتي رويت. و أما الثعلب فوثب علي ظهرها و خرج إلي وجه ألأرض. و بقيت الغنز حائرة لا تدري كيف تخرج. فطلبت إليه أن يعود ليساعدها. فقال لها " أنا نجوت بنفسي. و ليس لي فائدة في مساعدتك أيتها الاهلة". فأدركت الغنز أنه خدعها. و ندمت علي ذلك. KANCIL DAN SEEKOR KAMBING BETINA. Ada seekor kancil yang sedang kehausan. Dan ia pergi ke ...

kaedah penterjemahan

1- Kaedah Pinjaman     Kaedah ini secara khususnya berlaku hasil daripada pertembungan atau kontek bahasa. Digunakan apabila tiada padanan yang sesuai dalam bahasa sasaran, dari segi teknik konsep peristilahan, dan perumpamanya. 2- Kaedah Peniruan    Seterusnya kaedah peniruan berlaku apabila kemasukan istilah pinjaman ke dalam bahasa sasaran, hanya istilahnya sahaja yang ditiru dan diterjemah. Hal ini bukan lah dikatakan tindakan plagiat akan tetapi ia hanya untuk memberi pemahaman kepada pembacaran sasaran. 3- Kaedah Penggantian     Kemudian kita ke kaedah Penggantian. Kaedah ini adalah bermaksud setiap perkataan dalam bahasa sumber dapat digantikan dengan persamaanya dalam Bahasa sasaran, struktur ayat bahasa sumber dipindahkan kedalam bahasa sasaran tanpa perubahan besar atau bahasa yang digunakan dalam teks ringkas. Kaedah ini lebih mudah untuk Bahasa sasaran fham. 4- Kaedah Transposisi     Haaa kae...

Pak Pandir terjemah ke Bahasa Arab jadi apa?

Assalamualaikum semua, Kali ini admin nak kongsikan sedikit bagaimana nak terjemah Kata Nama Khas. sebenarnya, menterjemah Kata Nama Khas ni bukan perkara yang MUDAH. Sebab apa? sebab Kata Nama Khas ni ada makna tersendiri Nak tau contoh ke? ok lah, kalau dalam Bahasa Melayu Pak Pandir Kalau dalam Bahasa Arab jadi apa? Cuba guna terjemah........... A'mmun Pandir??? Abi Pandir??? bukan....... dalam Bahas Arab Pak Pandir adalah Hatim Al-Tai'i sebab ia merujuk kepada fungsi dan makna tertentu sebab ia perlu difahami berdasarkan budayanya.