1- Kaedah
Pinjaman
Kaedah ini secara khususnya berlaku hasil
daripada pertembungan atau kontek bahasa. Digunakan apabila tiada padanan yang
sesuai dalam bahasa sasaran, dari segi teknik konsep peristilahan, dan perumpamanya.
2- Kaedah
Peniruan
Seterusnya kaedah peniruan berlaku apabila
kemasukan istilah pinjaman ke dalam bahasa sasaran, hanya istilahnya sahaja
yang ditiru dan diterjemah. Hal ini bukan lah dikatakan tindakan plagiat akan
tetapi ia hanya untuk memberi pemahaman kepada pembacaran sasaran.
3- Kaedah
Penggantian
Kemudian kita ke kaedah Penggantian. Kaedah
ini adalah bermaksud setiap perkataan dalam bahasa sumber dapat digantikan
dengan persamaanya dalam Bahasa sasaran, struktur ayat bahasa sumber
dipindahkan kedalam bahasa sasaran tanpa perubahan besar atau bahasa yang
digunakan dalam teks ringkas. Kaedah ini lebih mudah untuk Bahasa sasaran fham.
4- Kaedah
Transposisi
Haaa kaedah ini biasanya banyak digunakan
oleh penterjemah. Kaedah ini adalah kaedah yang mana mengubah kedudukan frasa
atau klausa dan golongan kata dalam bahasa sasaran tanpa mengubah maksud
maklumat.
5- Kaedah
Modulsi
Secara ringkasnya kaedah ini adalah sama
seperti kaedah transposisi. Ia adalah bertujuan sama seperti transposisi.
Kaedah ini boleh diaplikasikan melalui penterjemahan dengan mengubah padanan
satu lawan satu perkataan di dalam frasa atau ayat tetapi mengekalkan maksud
dan konsep awal supaya pembaca sasaran akan faham apa yang disampaikan oleh
Bahasa sumber.
Haaaaa cukupp
duluuu limaaa aspek ea…nanti lagi lima saya akan cuba untuk kongsikan
lagi..baiklahh ,,terima kasih semuaaa smoga mndapat manfaat dri perkongsiaan
saya ini..
Comments
Post a Comment