Mengapakah perlu kepada penterjemahan ?
"wahai manusia ! kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan ,kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal " Al- Hujurat : 13
Kita iaitu manusia diciptakan di dunia ini berbangsa-bangsa dan bersuku-suku adalah supaya kita saling mengenal dan berhubung antara satu sama lain. Perhubungan ini sudah pastinya memerlukan kepada komunikasi antara dua pihak. Manusia bertebaran di muka bumi ini dengan pelbagai rupa dan warna dan bertutur dalam pelbagai bahasa .Persoalannya bagaimana kedua pihak yang berlainan bangsa itu berkomunikasi sedangkan mereka berlainan bahasa. Maka dalam hal ini memerlukan kepada penterjemahan antara dua bahasa tersebut . Penterjemahan adalah untuk memahami pertuturan atau teks yang diucapkan dan ditulis dalam bahasa yang tidak difahami . Terjemahan juga amat diperlukan kerana untuk meneruskan dalam menyalur ilmu pengetahuan asal kepada pembaca yang berbeza bahasa.
Di dalam era moden ini , terjemahan menjadi sebagai satu usaha yang sangat penting , penterjemahan bukan hanya berlaku dalam institusi pendidikan atau perdagangan, malah berlaku di mana-mana sahaja seperti dalam perlancongan, kehakiman dan juga dalam industri. Oleh itu penterjemahan ini merupakan sesuatu disiplin ilmu dan pekerjaan yang amat penting kepada individu, masyarakat , mahupun Negara.
Comments
Post a Comment