Skip to main content

KELAYAKAN DALAM PENTERJEMAH



Menterjemah sesuatu bahasa bukan lah sesuatu yang mudah  dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang fasih dalam bahsa tersebut , namun terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk mendapat kelayakan dalam menterjemah.  Oleh kerana itu , seseorang yang mahu manjadi penterjemah perlu memiliki kursus terjemahan dan mendapatkan sijil yang mengiktiraf kelayakan dalam menterjemah.  Seorang penterjemah perlu memenuhi lima syarat utama. Jadi , saya menjelaskan lima syarat tersebut.Syarat-syaratnya ialah :

1) Mengetahui Bahasa sumber

Bahasa sumber ialah bahasa asal teks yang mahu diterjemah. Sebagai contoh, teks Bahasa arab mahu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, maka bahasa sumber ialah  Bahasa Arab . Penterjemah seharusnya mengetahui bahasa sumber itu secara mendalam , selok belok keganjilan dan juga sebarang keistimewaan bahasa tersebut. Tamsilnya , penterjemah itu perlu mengetahui mengenai nahu , sorof dan balaghah secara mendalam . Hal ini supaya penterjemah dalam memahami teks tersebut dengan lebih tepat.

2) Mengetahui Bahasa sasaran

Bahasan sasaran ialah bahasa hasil penterjemahan. Penterjemah perlu juga menguasai bahasa ini dengan baik  agar  penterjemah dalam menyampaikan maksud teks dengan menggunakan perkataan yang sesuai dan tepat.

3) Mengetahui bidang atau topik teks terjemahan

Seorang penterjemah perlu mengetahui topic teks yang mahu diterjemah dan bukannya melihat pada perkataan semata-mata. Sebagai contoh , teks yang berkaitan perubatan, penterjemah mengetahui tentang ilmu perubatan sebelum menterjemahkannya. Hal ini sangat penting dalam penterjemahan teks-teks khusus agar setiap teks itu dapat diterjemah dengan baik dan tepat.

4) Mengetahui teori terjemahan

Seseorang penterjemah itu perlu mempelajari terlebih dahulu teori terjemahan dan kaedah ilmiah agar mempunyai panduan dan rujukan dalam kaedah penterjemahan. Perlu kita ingat bahawa terjemahan bukanlah hanya meindahkan perkataan sahaja , tetapi memindahkan idea, maklumat,dan gaya Bahasa itu sendiri. 

5) Mengetahui sasaran pembaca 

Setiap teks , ucapan ataupun buku tang mahu diterjemah pasti mempunyai sasaran pembaca yang tersendiri. Sebagai contoh, cerita dongeng kanak-kanak adalah ditujukan kepada kanak-kanak dan teks tersebut pastinya menggunakan Bahasa-Bahasa yang mudah yang mempunyai fantasi-fantasi yang luar biasa. Apabila penterjemah mengetahui sasaran pembaca , maka penterjemah dalam menggunakan kalimah dan bentuk ayat yang sesuai agar mudah difahami oleh pembaca.


Comments

Popular posts from this blog

kaedah penterjemahan

1- Kaedah Pinjaman     Kaedah ini secara khususnya berlaku hasil daripada pertembungan atau kontek bahasa. Digunakan apabila tiada padanan yang sesuai dalam bahasa sasaran, dari segi teknik konsep peristilahan, dan perumpamanya. 2- Kaedah Peniruan    Seterusnya kaedah peniruan berlaku apabila kemasukan istilah pinjaman ke dalam bahasa sasaran, hanya istilahnya sahaja yang ditiru dan diterjemah. Hal ini bukan lah dikatakan tindakan plagiat akan tetapi ia hanya untuk memberi pemahaman kepada pembacaran sasaran. 3- Kaedah Penggantian     Kemudian kita ke kaedah Penggantian. Kaedah ini adalah bermaksud setiap perkataan dalam bahasa sumber dapat digantikan dengan persamaanya dalam Bahasa sasaran, struktur ayat bahasa sumber dipindahkan kedalam bahasa sasaran tanpa perubahan besar atau bahasa yang digunakan dalam teks ringkas. Kaedah ini lebih mudah untuk Bahasa sasaran fham. 4- Kaedah Transposisi     Haaa kaedah ini biasanya banyak digunakan oleh penterjemah. Ka

KANCIL DAN SEEKOR KAMBING BETINA.

Assalamualaikum kepada semua pembaca, Pada perkongsian kali ini admin akan kongsikan cerita rakyat. jom kita baca dan hayati, disamping dapat belajar dan tambah kosa kata dalam bahasa arab.  الثعلب و الغنز  عَطَسَ ثَعْلَبُ. وَ ذَهَبَ اِلَى بِئْرِ لِيَشْرَبَ فَسَقَطَ فِيْهَا وَ لَمَّا شَرَبَ أَرَدَ الخُرُوْج فَلَمْ يَقْدِر. لِاِرْتَفَاعَ جِدَار البئر. وَ بَعْدَ قَلِيْل أتت غنز لتسرب منها. فرأت الثعلب فيها. فسألته " هل ماء هذه البئر عذب " فقال الثعلب " نعم, بل هو أعذب ما ذقت طول عمري. و لذلك تريني باقيا هنا لا أريد الخريج. تفضلي انزلي لتشار كيني فيه". فاغترت الغنز بهذا الكريم. ووثبت إلي داخل البئر. و أخذت تشرب حتي رويت. و أما الثعلب فوثب علي ظهرها و خرج إلي وجه ألأرض. و بقيت الغنز حائرة لا تدري كيف تخرج. فطلبت إليه أن يعود ليساعدها. فقال لها " أنا نجوت بنفسي. و ليس لي فائدة في مساعدتك أيتها الاهلة". فأدركت الغنز أنه خدعها. و ندمت علي ذلك. KANCIL DAN SEEKOR KAMBING BETINA. Ada seekor kancil yang sedang kehausan. Dan ia pergi ke

LARAS BAHASA

Laras bahasa ni maksudnya,gaya atau cara menggunakan sesuatu bahasa dalam situasi. Laras ni, akan berubah-ubah mengikut situasi keadaan.Setiap laras menitikberatkan istilah kata dan ia menggunakan struktur ayat yang berlainan mengiku disiplin atau bidang tertentu. Mengikut definisi yang diberikan oleh Za'ba, laras bahasa ini ialah rupa susuk bahasa yang dipakai apabila bercakap atau menarang iaitu tentang perkataannya, ikatan ayatnya, jalan bahasanya, cara susunannya atau bentuk peribahasanya. Laras bahasa ada banyak jenis antaranya antum boleh tengok dalam gambar kat bawah : Saya nak petik satu contoh daripada jenis-jenis laras bahasa kat atas supaya antum boleh nampak dengan jelas. Contoh laras bahasa agama : Dari Anas r.a katanya : Rasulullah S.A.W bersabda Seseorang muslim yang menanam pohon atau tanam-tanaman, lalu sebahagian hasilnya dimakan burung, manusia, atau binatang maka orang yang menanam itu mendapat pahala.  Daripada contoh laras bahasa agama ini, kita dapat na