Seperti yang telah saya sebut, penterjemahan mempunyai teori dan kaedah ilmiah tersendiri. Perkara ini dapat dilihat dalam proses penterjemahan yang telah disusun dan akhirnya menghasilkan satu penterjemahan yang berkualiti. Prosesnye ialah seperti berikut:
1. Proses yang pertama ialah proses Analisis (baca & faham)
Proses ini berlaku di dalam fikiran penterjemah . penterjemah akan melihat teks asal dan seterudnye akan membaca dan memahamikannya. Penterjemah akan cuba mencari setiap makna perkataan atau ayat ataupun keseluhuran wacana bagi mendapatkan pengertian yang lebih jelas. Penterjemah perlu meneliti dan mengenalpasti sebarang keistimewaan atau gaya Bahasa yang berlainan seperti peribahasa .
2. Proses Pemindahan\
Proses seterusnya ialah proses pemindahan kepada bahasa sasaran. Pada peringkat ini, penterjemah perlu mencari pandanan perkataan yang sesuai untuk ditukar kepada Bahasa sasaran. Proses ini ialah proses yang paling penting kerana sewaktu inilah penterjemahan yang sebenar berlaku. Penterjemah biasanya akan mendapati berlakunya sedikit kepincangan makna dan konotasi .Oleh itu , pemilihan perkataan yang terbaik akan berjaya menyampaikan maksud teks asal .
3.Proses Menstruktur Semula
Hasil daripada proses pemindahan, teks akan distruktur semula mengikut struktur ayat Bahasa sasaran. Dalam proses ini, penterjemah akan melihat dari segi gaya Bahasa . Gaya Bahasa yang digunakan hendaklah mudah difahami oleh pembaca sasaran .Struktur ayat hendaklah jelas dan ringkas ,cukup untuk menyampaikan maksud teks Bahasa asal. Tanda baca juga akan disemak agar menggunakan tanda Bahasa yang betul menepati situasi ayat.
4.Proses Memeriksa
Setelah siap proses menstruktur semula, penterjemah perlu menjalani proses memeriksa , pada proses ini penterjemah boleh melakukankanya sendiri, tetapi lebih baik proses ini dilakukan dengan orang yang lebih pakar .Proses ini adalah tugas yag sukar kerana pemeriksa perlu meniliti setiap penterjemahan agar terjemahan tidak lari daripada maksud asal teks asal.Proses ini adalah untuk memeriksa dari segi ketepatan terjemahan .
5.Proses Menyemak
Proses ini akan dilakukan oleh orang lain iaitu penyemak atau pemeriksa . Teks akan disemak adalah untuk memastikan teks terjemahan yang dihasilkan sesuai dengan kehendak pembaca sasaran.
6. Proses Menyunting
Akhir sekali , adalah proses menyunting. Proses ini sebenarnya bukan proses penterjemahan, tetapi ia amat penting dalam menghasilkan terjemahan yang berkualiti. Teks terjemahan perlu disunting bagi membuang sebarang bahan yang tidak perlu dan juga menwujudkan gaya yang seragam sekiranya teks itu diterjemahkan oleh ramai orang.
Oleh itu, sebarang penterjemahan perlu melalui proses terjemahan tersebut. Hal ini supaya terjemahan menggunakan kalimat yang betul, gaya Bahasa yang sesuai, tanda bacaan yang tepat ,sesuai dengan pembaca sasaran dan juga tidak mempunyai sebarang perkataan yang tidak perlu. Maka terhasillah satu penterjemahan yang berkualiti dan menepati makna asal teks asal.
Comments
Post a Comment