Kelayakan Menterjemah:
Assalamualaikum
gaisss…haaa ape khabar semua ??harapnyaaa sihat wal afiaat semuaanyaa
yeee..okayy harini kite akan kongsikan serba sedikit berkaitan dengan kelaykan
menterjemah. Apa yang sebenarnya kalian smua faham akan kelayakann menterjemah
itu??apa yang harus ada untuk menterjemah??adakah cukupp untuk menterjemah
sesuatu Bahasa sumber dengan hanya mengetahui hanya dua Bahasa??haaaa oleh
itu..jommmm kita sama sama rungkaikan apa kelayakan nyaa ye,…jengggg3!! Okayyyy
jomm!!hhee maaf ye saya memang org yg happening sikit..maklumklah masih mudaaaa…
Sangat sangat dinafikan bahawa kelayakn mentrjemah ini hanya
perlu kepada dua bhasa sahaja .. saya amat yakin bahawa ramai orang selalu
menganggap bahawa, jika seseorang mengetahui dua bahasa, dia boleh menjadi
penterjemah tanpa pengetahuan lain.
Kenyataan ini adalah tidak benar sama sekali kerana bidang penterjemahan
juga merupakan bidang kepakaran. Menterjemah sebenarnya bukan perkara remeh
temeh,bahkan ia amat signifikan memainkan peranan yg sngt penting kerana kalau salah
informasi ia akan memberi kesan yang parah kepada pembaca sasaran..
Sudah pasti untuk menjadi penterjemah yang baik, ia perlu
memenuhi empat syarat utama berikut:
i.
Mengetahui bahasa sumber
Bahasa sumber ialah bahasa asal yang akan diterjemah ke
dalam bahasa kedua. Pengetahuan dalam
bahasa sumber mestilah mendalam. Seseorang itu harus mengetahui selok bahasa, keistimewaan dan keganjilan
bahasa itu supaya dia memahami makna terkandung dalam teks asal. Dengan itu, barulah dia dapat membuat
terjemahan dengan tepat.
ii.
Mengetahui bahasa penerima
Bahasa penerima ialah bahasa yang akan diterjemahkan
daripada teks asal. Dengan kata
lain, bahasa penerima ialah bahasa kedua. Mengikut pakar penterjamah, seseorang
penterjemah selain menguasai bahasa sumber dengan baik, dia mestilah menguasai
bahasa penerima dengan lebih baik lagi. Contohnya seseorang itu menterjemahkan teks daripada bahasa Cina ke dalam bahasa Melayu, penterjemah itu mestilah mengetahui bahasa Melayu lebih baik daripada bahasa
Cina, atau sama baik dalam
kedua-dua bahasa itu.
iii.
Pengetahuan dalam bidang yang diterjemah
Untuk memastikan agar makna atau maklumat dalam teks asal
dapat diterjemahkan dengan tepat ke dalam bahasa penerima, seseorang
penterjemah itu perlu mengetahui bidang yang hendak diterjemah itu dengan
mendalam. Penguasaan bahasa yang baik
tidak mencukupi untuk menjadi penterjemah yang baik, terutama dalam bidang
profesional seperti undang-undang, sains, teknologi, falsafah dan karya
kesusasteraan.
iv.
Mengetahui teori dan amalan terjemahan
Bidang penterjemahan telah melahirkan teori dan kaedah
ilmiahnya sendiri. Oleh itu, adalah
penting bagi penterjemaah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dalam teori
dan amalan sebelum memulakan keja penterjemahan.
Selain empat syarat di atas, terdapat satu perkara yang
harus dimiliki oleh seseorang penterjemah.
Sebagai manusia, penterjemah mempunyai perasaan, pendirian, nilai, dan
sikap tertentu. Perkara ini menyebabkan
penterjemah itu dipengaruhi oleh pandangan tersebut semasa melakukan
penterjemahan. Secara logiknya kita
mungkin mempunyai pendapat yang berlawanan dengan pengarang, atau mungkin
bersetuju dengan idea pengarang, tetapi tidak menyukai cara pengarang itu
menyampaikan idea tersebut. Persamaan
atau perbezaan pendapat antara pengarang dan penterjemah mungkin terbawa-bawa
dalam tugas terjemahan.
Namun begitu, penterjemah tidak harus membiarkan sikap
sendiri mempengaruhi terjemahannya. Dia
mestilah cuba sedaya upaya untuk mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu
yang bertentangan dengan maksud asal pengarang, sebaliknya cuba mengekalkan
maksud asal dan pendirian pengarang. Dengan itu, barulah penterjemah itu melakukan terjemahan dengan baik.
Comments
Post a Comment