Skip to main content

Posts

Longman = Orang Panjang?????

Recent posts

Pak Pandir terjemah ke Bahasa Arab jadi apa?

Assalamualaikum semua, Kali ini admin nak kongsikan sedikit bagaimana nak terjemah Kata Nama Khas. sebenarnya, menterjemah Kata Nama Khas ni bukan perkara yang MUDAH. Sebab apa? sebab Kata Nama Khas ni ada makna tersendiri Nak tau contoh ke? ok lah, kalau dalam Bahasa Melayu Pak Pandir Kalau dalam Bahasa Arab jadi apa? Cuba guna terjemah........... A'mmun Pandir??? Abi Pandir??? bukan....... dalam Bahas Arab Pak Pandir adalah Hatim Al-Tai'i sebab ia merujuk kepada fungsi dan makna tertentu sebab ia perlu difahami berdasarkan budayanya.

sambungan kaedah penterjemehan

6- Kaedah Persamaan     Kaedah ini dilakukan pada pelbagai tahap seperti peringkat leksikal, sintaktikal, dan persamaan wacana. 7- Kaedah Adaptasi     Penggantian terhadap perbezaan budaya yang terdapat dalam dua bahasa     Dianggap sebagai kaedah  terjemahan yang paling bebas. 8- Kaedah Padanan Fungsian     Kaedah yang menterjemah fungsi ayat supaya memberi reaksi yang sama kepada pembaca terjemahan seperti mana reaksi yang diterima oleh pembaca teks sumber. Keperluan menggunakan kaedah terjemahan penyamaan fungsian juga terhasil daripada situasi yang terdapat dalam bahasa sumber dan penterjemah perlu mencari padanan fungsi yang sesuai dalam bahasa sasaran. 9- Kaedah Pengembangan     Kaedah yang menghuraikan dan memperjelaskan warta dengan panjang lebar bagi pemahaman pembaca terjemahan. 10- Kaedah Globalisasi     Merupakan kaedah yang paling mudah dan ringkas. Kemudiannya menjadikan makna terjemahan lebih umum dan tidak khusus. Selain itu,

kaedah penterjemahan

1- Kaedah Pinjaman     Kaedah ini secara khususnya berlaku hasil daripada pertembungan atau kontek bahasa. Digunakan apabila tiada padanan yang sesuai dalam bahasa sasaran, dari segi teknik konsep peristilahan, dan perumpamanya. 2- Kaedah Peniruan    Seterusnya kaedah peniruan berlaku apabila kemasukan istilah pinjaman ke dalam bahasa sasaran, hanya istilahnya sahaja yang ditiru dan diterjemah. Hal ini bukan lah dikatakan tindakan plagiat akan tetapi ia hanya untuk memberi pemahaman kepada pembacaran sasaran. 3- Kaedah Penggantian     Kemudian kita ke kaedah Penggantian. Kaedah ini adalah bermaksud setiap perkataan dalam bahasa sumber dapat digantikan dengan persamaanya dalam Bahasa sasaran, struktur ayat bahasa sumber dipindahkan kedalam bahasa sasaran tanpa perubahan besar atau bahasa yang digunakan dalam teks ringkas. Kaedah ini lebih mudah untuk Bahasa sasaran fham. 4- Kaedah Transposisi     Haaa kaedah ini biasanya banyak digunakan oleh penterjemah. Ka

Kaedah penterjemahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera smuaa ..haaaa kita berjumpa lagi pada harini yeee..moga kalian semua diberikan limpahan rezki yg ilmu yang luas dan segala kebaikan bagi mnjalani kehidupan di atas muka bumi ini….okaayyy joommmmmm kita bincangkan serba sedikit mengenai kaedah penterjemaha yang harus diketahui secara tidak langsung bagi penterjemah…okay part yg pertamaa.. Apa yaaa ?cubaa tekaa hhee..okayy2,aspek ini ad dua dua jenis iaitu lama dan baru….haa jomm ketahui lebih lanjut !! Mengikut kaedah lama, penterjemahan ditumpukan pada persamaan bentuk teks terjemahan dengan teks asal, Aspek seperti rima rentak, format, bunga bahasa dan ciri-ciri kebahasaan yang khusus dalam teks asal cuba dikekalkan supaya penterjemahan yang dihasilkan menyamai bentuk asal. Haaa ini pandangan yang lamaaa. Kaedah baru pula mengutamakan reaksi pembaca atau kesan terhadap pembaca. Sambutan pembaca terjemahan hendaklah serupa dengan sambutan pembaca teks sumber, begitu juga dengan emosi yang di

Kepentingan Menterjemah

Kepentingan menterjemah : Penterjemahan merupakan perpindahan mesej daripada satu bahasa kepada bahasa lain . Tujuan penterjemahan adalah untuk menghasilkan satu karya terjemahan ( teks sasaran ) yang membawa makna yang sama dengan sesuatu karya bahasa asing ( teks sumber ) .      Kepentingan bidang penterjemahan dapat dilihat melalui dunia pendidikan. Contohnya dalam aspek pemerolehan bahasa , penterjemahan akan membolehkan pelajar mempelajari kosa kata baharu, mengetahui penggunaan kata dan makna pelbagai jenis perkataan. Dengan mempelajari ilmu terjemahan, pelajar akan lebih sedar kehalusan akan bahasa ibunda mereka dan melihat kepentingan pemilihan kata dalam penterjemahan sekali gus dapat menguji kefahaman mereka dalam pembacaan.        Selain itu, penterjemahan juga dapat menambahkan bilangan pembaca. Buku yang mengandungi pelbagai ilmu kebanyakannya ditulis dalam bahasa arab dan bahasa Inggeris yang menjadikan bahasa itu sebagai sumber ilmu yang yang sangat penting. U

kelayakan menterjemah

Kelayakan Menterjemah:   Assalamualaikum gaisss…haaa ape khabar semua ??harapnyaaa sihat wal afiaat semuaanyaa yeee..okayy harini kite akan kongsikan serba sedikit berkaitan dengan kelaykan menterjemah. Apa yang sebenarnya kalian smua faham akan kelayakann menterjemah itu??apa yang harus ada untuk menterjemah??adakah cukupp untuk menterjemah sesuatu Bahasa sumber dengan hanya mengetahui hanya dua Bahasa??haaaa oleh itu..jommmm kita sama sama rungkaikan apa kelayakan nyaa ye,…jengggg3!! Okayyyy jomm!!hhee maaf ye saya memang org yg happening sikit..maklumklah masih mudaaaa… Sangat sangat dinafikan bahawa kelayakn mentrjemah ini hanya perlu kepada dua bhasa sahaja .. saya amat yakin bahawa ramai orang selalu menganggap bahawa, jika seseorang mengetahui dua bahasa, dia boleh menjadi penterjemah tanpa pengetahuan lain.  Kenyataan ini adalah tidak benar sama sekali kerana bidang penterjemahan juga merupakan bidang kepakaran. Menterjemah sebenarnya bukan perkara remeh temeh,bahkan i