Skip to main content

Posts

Pandangan Sarjana tentang terjemahan

Assalamulaikum dan selamat sejahtera smuaaa…!!haaa masih menanti ke?hhee..okayy tnpa buang masa lagi admin terus smbung pasal selanjutnya yee… Sesungguhnya sebenarnya banyak pandangan-pandangan sarjana yang telah dinyatakan akan tetapi hanya sebahagian saja yang admin akan kongsikan yee..tp jangan risau ad masa nnti admin akan cuba untuk sambung lagi. Pandangan yang dinyatakan oleh CATFORD ialah : Translation is the replacement of textual material in one language (SL) by equivalent textual material in another language (TL). (Catford, 1969:20). Ia bermaksud adalah penggantian material tekstual(bahan teks) dalam suatu bahasa (bahasa sumber) dengan padanan material tekstual dalam bahasa lain (bahasa sasaran).” Seterusnya NIDA and TABER : Translation consists of reproducing in the receptor language the closest natural equivalence of the source language message, first in terms of meaning and secondly in terms of style. (Nida and Taber, 1969:12). Yang membawa maksud Te...

definisi terjemah

Assalamulaikum dan selamat sejahtera guys?..haa apa yang menarik yang boleh saya kongsikan serba sedikit ialah mengenai “Definisi Terjemahan”.. Mengapa sebenarnya kita perlukan terjemahan..haa pernah terfikir tak ?.Sebelum itu, admin nk tanya, apa yang korang faham tentang tentang terjemahan??adakah ia berkaitan dengan pertuturan?atau ia melibatkan penglihatan or else ?? Okey macamni yee.. Definisi terjemahan boleh diklasifikasikan kepada 2 bentuk iaitu melalui sumber yang sangat dipercayai iaitu kamus dan melalui pandangan sarjana. Akan tetapi pada kali ini admin hanya fokuskan bentuk yang pertama dahulu yee… Berdasarkan entri dari kamus iaitu kamus dewan edisi keempat TERJEMAH ; MENTERJEMAH bermaksud ( Memindahkan (karangan dll) daripada suatu  bahasa kepada bahasa yang lain, mengalihbahasakan ). Lain dengan TERJEMAHAN yang hasilnya drpada MENTERJEMAHKAN atau hasil yang telah DITERJEMAHKAN. Adapun caranya ialah cara (gaya, kaedah) menterjemah, bebas cara menterjemah yg ...

Bagaimana nak terjemah "pulut kuning"

Kaedah menterjemah unsur budaya 1- Unsur budaya dikekalkan cth: pulut kuning dalam Bahasa melayu ditulis pulut kuning dalam Bahasa lain mengikut kesusaian sebutan dalam Bahasa itu. 2-Unsur budaya disesuaikan semula cth : Baju Melayu boleh diterjemahkan sebagai jubah dalam Bahasa Arab. 3-Unsur budaya dihilangkan 4-Budaya asal yang tidak ditemui padanannya dalam budaya sasaran hendaklah dijelaskan maknanya didalam nota kaki atau nota akhir.

TERJEMAHAN & BUDAYA

Penterjemahan penterjemahan Bahasa tidak mungkin dapat dipisahkan dengan unsur budaya .Oleh yang demikian penterjemahan akan melibatkan budaya . Unsur budaya akan memberi kesan yang besar kepada teori dan teknik terjemahan. Dua aspek yang perlu diterjemahkan dengan cara yang berbeza : 1. Terjemahan Bahasa : Bagi menghasilkan yang bermutu tinggi , penterjemah perlu menggunakan Bahasa sebagaimana yang digunakan oleh penutur asal. 2. Terjemahan Budaya : Terjemahan yang bermutu tinggi adalah terjemahan yang dapat memberitahu pembaca sasaran bahawa mereka sedang membaca berkenaan orang, benda, perkara dan budaya asing. Oleh itu unsur budaya wajib dikekalkan.

CONTOH TERJEMAHAN INTERSEMIOTIK

Jenis ini mencakup penafsiran sebuah teks ke dalam bentuk atau sistem tanda yang lain. Sebagai contoh, penafsiran novel menjadi sebuah karya film ataupun terjemahan segala bentuk ke sesuatu penafsiran .contohnya yang mudah ialah lampu isyarat. HIJAU : Untuk jalan jika selamat. KUNUNG : Bersedia untuk berhenti Merah : Berhentiiiiiiii. Dan bukanlah Hijau, Kuning dan Merah : Jalan jika selamat,hehehe

Terjemahan menurut Catford

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapat kita sama-sama merasai nikmat hidup yang sementara ini. Hari ini kita akan mempelajari topik berkaitan dengan pandangan ahli penterjemah iaitu J.C Catford iaitu ahli penterjemah dari Eropah. Terdapat 6 pembahagian terjemahan iaitu: 1. Terjemahan Penuh                                                  2. Terjemahan Sebahagian 3. Terjemahan Tuntas                                                 4. Terjemahan Terbatas 5. Terjemahan Terikat                                                6.  Terjemaha...

TERJEMAHAN BAHASA KASAR KE BAHASA HALUS

Bahasa kasar atau bahasa kesat ialah bahasa yang tidak sopan dan kurang beradab dalam pertuturan, manakala bahasa halus ialah bahasa yang digunakan secara beradat dan bersopan santun serta menggunakan segala strategi untuk melunak dan memaniskan percakapan. Antara tujuan menggunakan bahasa halus dalam percakapan ialah : i) Menghormati dan menjaga perasaan orang yang dilawan bercakap ii) Mewujudkan kemesraan dalam perhubungan. Contoh bahasa Kasar dan bahasa Halus : Bahasa Kasar Bahasa Halus Kencing Ke sungai kecil Berak Ke sungai besar Mengandung Berbadan dua Menguburkan Mengebumikan Mati Pulang ke rahmatullah Suami Bapa budak ni Isteri Orang rumah