Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2018

PROSES PENTERJEMAHAN

Seperti yang telah saya sebut, penterjemahan mempunyai teori dan kaedah ilmiah tersendiri. Perkara ini dapat dilihat dalam proses penterjemahan yang telah disusun dan akhirnya menghasilkan satu penterjemahan yang berkualiti. Prosesnye ialah seperti berikut: 1. Proses yang pertama ialah proses Analisis (baca & faham) Proses ini berlaku di dalam fikiran penterjemah . penterjemah akan melihat teks asal dan seterudnye akan membaca dan memahamikannya. Penterjemah akan cuba mencari setiap makna perkataan atau ayat ataupun keseluhuran wacana bagi mendapatkan pengertian yang lebih jelas. Penterjemah perlu meneliti dan mengenalpasti sebarang keistimewaan atau gaya Bahasa yang berlainan seperti peribahasa . 2. Proses Pemindahan\ Proses seterusnya ialah proses pemindahan kepada bahasa sasaran. Pada peringkat ini, penterjemah perlu mencari pandanan perkataan yang sesuai untuk ditukar kepada Bahasa sasaran. Proses ini ialah proses yang paling penting kerana sewaktu inilah penterjemaha

KELAYAKAN DALAM PENTERJEMAH

Menterjemah sesuatu bahasa bukan lah sesuatu yang mudah  dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang fasih dalam bahsa tersebut , namun terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk mendapat kelayakan dalam menterjemah.  Oleh kerana itu , seseorang yang mahu manjadi penterjemah perlu memiliki kursus terjemahan dan mendapatkan sijil yang mengiktiraf kelayakan dalam menterjemah.  Seorang penterjemah perlu memenuhi lima syarat utama. Jadi , saya menjelaskan lima syarat tersebut.Syarat-syaratnya ialah : 1) Mengetahui Bahasa sumber Bahasa sumber ialah bahasa asal teks yang mahu diterjemah. Sebagai contoh, teks Bahasa arab mahu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, maka bahasa sumber ialah  Bahasa Arab . Penterjemah seharusnya mengetahui bahasa sumber itu secara mendalam , selok belok keganjilan dan juga sebarang keistimewaan bahasa tersebut. Tamsilnya , penterjemah itu perlu mengetahui mengenai nahu , sorof dan balaghah secara mendalam . Hal ini supaya penterjemah dalam mem

CONTOH TERJEMAHAN

BAHASA ARAB KEPADA BAHASA MELAYU : قالت شهرزات : بلغني أيها الملك السعيد أنه كان تاجر من التجار كثير المال والمعاملات  في البلاد قد ركب يوما و خرج يضرب في بعض البلاد , فاشتد عليه الحر فجلس تحت شجرة وحط يده في خرجه وأكل كسرة كانت معه  وتمرة و فلما فرغ من أكل التمرة رمى                           النواة  فإذا بعفريت طويل القامة و بيده سيف دنا من ذلك التاجر وقال له : قم حتى أقتلك                                                         Syarizat berkata “ wahai kakanda, satu kisah telah adinda dengar, terdapat seorang peniaga   yang besar peniagaannya dan banyak harta di sebuah Negara. Pada suatu ketika, dia telah keluar dan pergi ke beberapa tempat di sekitar daerah itu. Oleh kerana cuaca yang sangat panas, dia berehat di bawah sepohon pokok dan memasukkan tangannya ke dalam bekas makanan. Lalu dia makan kekacang di samping bersamanya sebiji tamar. Kemudian dia makan tamar itu lalu membuang biji tamar ke tanah. Tiba-tiba muncul seekor jin Ifrit yang sangat tinggi d

DEFINISI PENTERJEMAHAN

Penterjemahan ini dapat ditinjau menerusi dua aspek , iaitu draipada aspek kamus dan juga aspek pandangan sarjana.   Makna penterjemahan berdasarkan entri kamus Kamus dewan(1993) ada menyebut beberapa definisi yang berkaitan penterjemahan Terjemah, menterjemah memindahkan (karangan dll) daripada Bahasa kepada Bahasa yang lain, mengalih Bahasa. Terjemahan a. Hasil daripada menterjemahan yang telah diterjemahkan b. Cara (gaya, kaedah dsb ) menterjemah Penterjemahan Perihal (kerja, usaha , dsb) menterjemahkan  Daripada sudut pentakrifan Bahasa Arab pula; Berasal daripada kata Arab "tarjama, yutarjimu, tarjamah" Kamus al-Muhit : الترجمة بمعنى توضيخ و تفسير وتبين Mu'jam al mustalahat al Arabiah fi al-lughah wa al adab( 1984;94) mentakrifkan terjemahan sebagai : menulis semula sesuatu perkara atau topic dengan Bahasa yang bukan bahasa asalnya Kamus Bahasa Inggeris : The Concise Oxford English Dictionary (1991,1994,1998,2000,2003)   Transl

TERJEMAHAN ARAB - MELAYU

Mengapakah perlu kepada penterjemahan ? "wahai manusia ! kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan ,kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal " Al- Hujurat : 13 Kita iaitu manusia diciptakan di dunia ini berbangsa-bangsa dan bersuku-suku adalah supaya kita saling mengenal dan berhubung antara satu sama lain. Perhubungan ini sudah pastinya memerlukan kepada komunikasi antara dua pihak. Manusia bertebaran di muka bumi ini dengan pelbagai rupa dan warna dan bertutur dalam pelbagai bahasa .Persoalannya bagaimana kedua pihak yang berlainan bangsa  itu  berkomunikasi sedangkan mereka berlainan bahasa. Maka dalam hal ini memerlukan kepada penterjemahan antara dua bahasa tersebut . Penterjemahan adalah untuk memahami pertuturan atau teks yang diucapkan dan ditulis dalam bahasa yang tidak difahami . Terjemahan juga amat diperlukan kerana untuk meneruskan dalam menyalur ilmu pengetahuan asal kepada pembac